Friday, 14 December 2012

GUNUNG

   
Gunung Stong


Kedudukan Lokasi
Gunung Stong terletak di Dabong dalam daerah Kuala Krai. Ia terkenal sebagai puncak air terjun tertinggi di Asia Tenggara, Air terjun Jelawang di Gunung Stong pasti memukau pandangan sesiapa saja. Dengan ketinggian 305 meter, air terjun Jelawang setinggi tujuh tingkat di persisir banjaran Titiwangsa itu boleh dilihat dari jauh sehingga tidak berkelip mata memandang.

Air Terjun Jelawang boleh dilihat dari jauh
Daya tarikan Gunung Stong
Bagi pengunjung yang minat dengan aktiviti lasak, mereka boleh meluncur di puncak air terjun itu dengan disajikan pemandangan flora dan fauna yang mempesona dan deruan air yang mengalir di celahan batu serta kedinginan air gunung bagaikan rawatan refleksologi. Semestinya kenangan ini sukar dilupakan. Keindahan ini juga dapat menghilangkan keletihan mendaki untuk sampai ke air terjun itu.

Gunung Stong meliputi kawasan lebih 61,734 hektar, taman ini kaya dengan pelbagai hidupan liar seperti gajah, harimau, beruang, monyet, burung dan serangga. Pelbagai spesies tumbuhan seperti bunga terbesar di dunia, rafflesia serta orkid liar turut menjadi tarikan.

Disini juga pengunjung boleh mendaki dan melakukan aktiviti merentas hutan. Lokasi Gunung Stong dan ketinggian yang mencecah 1433 meter, sangat sesuai bagi melakukan aktiviti tersebut.

Pengunjung hanya akan dikenakan bayaran RM4 untuk memasuki Taman Negeri Stong. Sebelum sampai ke puncak gunung, pengunjung akan melalui beberapa puncak seperti Gunung Ayam, Gunung Saji dan Gunung Tara yang merupakan rangkaian gunung terbesar di Kelantan.

Air Terjun di Gunung Stong
Kemudahan yang disediakan
Sebanyak 15 buah chalet disediakan untuk mereka yang ingin bermalam di Gunung Stong. Stong Hill Resorts merupakan sebuah tempat penginapan yang menggunakan konsep alam semula jadi di kaki Gunung Stong. Selain menyediakan tempat penginapan, Stong Hill Resorts turut menyediakan kemudahan asrama, dewan, restoran, surau dan juga pondok rehat. Bagi mereka yang inginkan kelainan, mereka boleh bermalam di  tapak-tapak perkhemahan yang disediakan antaranya di puncak air terjun Jelawang.

Kemudan chalet untuk pengunjung bermalam


Gunung Ayam

Puncak Gunung Ayam
Gunung Ayam terletak bersebelahan dengan Gunung Stong. Suasana dalam hutan ini sungguh mengasyikkan dengan kicauan burung dan unggas-unggas tetapi ia juga merupakan habitat bagi haiwan-haiwan liar seperti gajah dan harimau. 

Ketinggian Gunung Ayam ialah 1504 meter (4,934 kaki) iaitu 70 meter lebih tinggi dari Gunung Stong. Sekiranya perjalanan untuk menawan puncak Gunung Stong mengambil masa selama 3-4 jam, Gunung Ayam pula memerlukan masa tambahan sebanyak 4-5 jam untuk sampai ke puncak. Namun untuk menempuhi perjalanan seharian ia mengambil masa sekurang-kurangnya 9 jam. 

Air Terjun di Gunung Ayam
Pendakian ke puncak Gunung Ayam penuh dengan cabaran. Ia memerlukan kesihatan fizikal dan mental yang sihat. Jalan-jalan yang harus ditempuhi penuh dengan ranjau yang menggugat kesabaran, namun pendaki-pendaki akan disajikan dengan udara sejuk yang nyaman dan segar. Sekiranya, pendaki ingin berkhemah di puncak Gunung Ayam, jangan lepaskan peluang untuk menikmati keindahan panorama matahari terbit yang membelah langit biru yang dipenuhi dengan gumpaln-gumpalan awan.

Setelah penat menempuhi pendakian yang mencabar, pendaki akan sampai ke air terjun Gunung Stong untuk menikmati airnya yang sejuk dan dapat menghilangkan kepenatan.  


No comments:

Post a Comment