Monday, 17 December 2012

TEMPAT MEMBELI-BELAH PART 2

Pasar Borong Wakaf Che Yeh


Sebut sahaja pasar malam Wakaf Che Yeh, pasti terbayang pekikan peniaga menjual barangan dan urusan tawar menawar yang sememangnya menggamit suasana malam hari di sini. Malah ada yang mengatakan kalau datang ke Kelantan tidak sah kalau tidak pergi ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh ini. Sebenarnya, apa yang menarik dan apa yang ada di pasar ini?

Kedudukan Lokasi 
Wakaf Che Yeh adalah sebuah pasar malam terbuka yang terletak kira-kira 4km di luar bandar Kota Bharu. Mempunyai keluasan suku ekar, ia adalah tempat untuk membeli makanan ringan tempatan buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan laut.  

Keistimewaan Pasar Borong Wakaf Che Yeh  
Kawasan Wakaf  Che Yeh adalah pasar borong pada sebelah siang yang menjual barangan basah dan barangan asas, manakala pada waktu malam adalah berkonsep pasar malam yang menjual pelbagai jenis barangan. Sebagai simbol pelancongan, pihak Kerajaan Negeri telah melakukan banyak pembangunan prasarana di kawasan pasar ini seperti penambahbaikan kawasan pasar, pembukaan hotel-hotel baru, bangunan-bangunan perniagaan dan kedai-kedai makan. Malah Restoran McDonald dan stesen minyak yang berdekatan juga turut diwujudkan.

Pasar malam Wakaf Che Yeh ini adalah sebenarnya sebuah pasar malam biasa yang boleh dikatakan sangat meriah kerana terlalu ramai yang datang ke sini dan ia dibuka sehingga lewat malam. Pada hujung minggu pasar ini dibuka sehingga jam 2-3 pagi dan pada musim menjelang Hari Raya, ia dibuka sehingga subuh. Pada waktu inilah, ramai penduduk tempatan yang sanggup menunggu harga runtuh yang ditawarkan peniaga yang hendak menghabiskan stok barangan menjelang pagi raya.

Barangan Yang Dijual
Pelbagai jenis barangan yang boleh diperolehi disini seperti pelbagai jenis baju dan pakaian siap, tudung, jersi bola sepak, aksesori rumah, kereta, perfume, kasut bundle,  cd, dvd, jam tangan, beg tangan, tuala, toto dan pelbagai lagi. Dan semua barangan yang dijual pula adalah kebanyakan barang tiruan ataupun replika seperti jam tangan, wangian, dan lain-lain. Jangan tertipu dengan pelbagai jenama yang ada kerana ia hanyalah replika. Walau bagaimanapun, pengunjung boleh membelikan jam tangan replika berjenama ‘Casio’ dengan harga RM10-RM20 sahaja kepada anak-anak mereka.

    
Beg duit serta wangian 'berjenama'
Pelbagai jenis jam 'berjenama' yang dijual
Jersi bola, tuala, serta pelbagai barangan dari Thailand, China dan Vietnam boleh didapati

Waktu puncak atau pengunjung yang ramai adalah pada waktu malam hujung minggu dan cuti sekolah. Paling sesak teruk adalah pada malam Hari Raya Puasa. Jika masuk melalui pintu gerbang dengan kenderaan, pihak Sensatimur akan mengenakan bayaran RM2 untuk setiap kali masuk. 

Pada waktu malam, pengunjung dinasihatkan agar tidak masuk melalui pintu gerbang untuk mengelakkan kesesakan. Seeloknya parking diluar jika jem teruk, ataupun alternatif adalah parking di seberang jalan. Tetapi pastikan kereta dikunci sebaiknya dan mempunyai steering lock kerana banyak juga kes kecurian kenderaan di sini.

Suasana malam pada cuti sekolah di Wakaf Che Yeh

Tips Ketika di Pasar Borong Wakaf Che Yeh 
  • Jika ingin merasai pemandangan pasar malam yang sangat meriah, memang disyorkan ke sini.
  • Pelbagai ragam penjual dan pembeli boleh dilihat. Barangan yang dibeli biasanya konsep “see and buy” dan tiada barangan spesifik yang boleh didapati di pasar ini memandangkan ia berkonsep pasar malam.
  • Purata harga di pasar ini tidaklah terlalu murah, malah ada juga barangan yang boleh dikatakan lebih mahal berbanding ditempat lain seperti jersi bola, tudung bawal asli dan toto.
  • Jika ingin membeli tudung bawal asli atau pelbagai jenis kain, selain di pasar malam ini,  tempat yang terbaik adalah di butik tudung yang beroperasi di lot bangunan di kawasan pasar malam ini serta di Bazar Tok Guru, atau Pasar Siti Khadijah kerana lebih banyak pilihan dan lebih selesa untuk tawar menawar berbanding di pasar malam.

KB Mall


KB Mall merupakan sebuah kompleks pusat beli-belah yang terletak di Kota Bharu. Ia merupakan tempat membeli belah yang strategik kerana berada di laluan utama ke Pusat Bandar Kota Bharu. Ia diuruskan oleh Y. S. Tang Holdings Sdn Bhd. Dengan keluasan 1 juta kaki persegi, ia menjadikan KB Mall sebagai pusat beli-belah terbesar di pantai timur semenanjung Malaysia. Kompleks ini dibuka pada tahun 2005.   

Di dalam pusat membeli belah ini terdapat sebuah pasaraya iaitu Pacific Hypermarket & Departmental Store. Di tingkat atas pula, terdapat medan selera dan juga Pacific Bowling.

Pacific Bowling
Kejayaan KB Mall
KB Mall terpilih sebagai kompleks membeli belah terunggul di Malaysia mengatasi kompleks membeli belah terkemuka di seluruh negara dalam majlis anugerah "Retail Development" (kategori kompleks membeli belah) yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Shah Alam pada 27 Oktober 2008. Kejayaan tersebut juga melayakkan kompleks membeli belah yang berpusat di Kota Bharu itu mewakili Malaysia untuk pertandingan kompleks membeli belah terunggul yang akan diadakan pada Disember ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, dan Perpaduan Masyarakat, Dato' Anuar Tan mengumumkan kejayaan tersebut dalam sesi penggulungan Perbahasan Menyokong Titah Ucapan Sultan Kelantan dalam Persidangan Kali ke-3 (Belanjawan) bagi tempoh penggal ke 4 Dun Kelantan. Beliau menyifatkan pencapaian ini luar biasa kerana KB Mall dapat mengatasi kompleks membeli belah terkemuka di Kuala lumpur seperti Sogo, Suria KLCC, dan Lot 10.  

No comments:

Post a Comment