Monday, 3 December 2012

PANTAI

Pantai Cahaya Bulan (PCB)
 


Sejarah
Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Kelantan. Ia terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu. Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang diberikan oleh seorang askar British ketika dia berada di pantai ini pada masa Perang Dunia II. Pada masa itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama ini, walaupun mereka lebih suka merujuk pantai ini sebagai PCB. 


Persisiran pantai ini adalah sejauh 1.2 km. Pantai ini terkenal kerana kawasannya yang panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik dan air yang jernih. Deretan pokok ru dan pokok kelapa pula menambahkan lagi kecantikan pantai ini. Oleh itu, PCB telah menjadi tempat perkelahan yang popular di kalangan pengunjung tempatan, khususnya pada hujung minggu. pantai ini lengkap dengan kemudahan untuk para pengunjung, terdapat pilihan hotel, chalet, kawasan perkhemahan, kedai makan dan gerai, serta tandas awam. 

      
Deretan kedai makan di PCB
Kemudahan resort untuk para pengunjung
Perjalanan ke PCB dari Kota Bharu akan membawa pengunjung melalui satu pekan Melayu tradisional. Ini adalah kawasan kraftangan yang penting di negeri ini untuk pencetakan batik, penenunan songket, dan pembuatan layang-layang serta loyang.


Pantai Irama, Bachok



Kedudukan Lokasi
Pantai Irama terletak di Daerah Bachok dan merupakan tempat kunjungan utama penduduk daerah Bachok dan juga penduduk Negeri Kelantan khususnya.Pantai ini kira-kira 20 km dari Kota Bharu melalui jalan tempatan Kota Bharu-Tawang-Bachok yang mengambil masa kira-kira 40 minit.

Pantai ini menghadap Laut China Selatan dan telah ditambak bagi mengelakkan hakisan akibat ombak laut yang kuat terutama pada musim tengkujuh ketika Angin Monsun Timur Laut bertiup (November-Mac). Pantai ini seringkali dijadikan tempat untuk mengadakan pesta dan pelbagai acara keramaian. 

           
                Kawasan wakaf dan pantai yang bersih dan cantik






           
          Pilihan gerai makan untuk para pengunjung


Kemudahan Awam 
Terdapat pelbagai infrastruktur yang disediakan seperti gerai jualan, tandas awam, surau,wakaf, tempat letak kereta yang sistematik, tempat menyalin pakaian dan taman permainan kanak-kanak.   


Pantai Sri Tujuh 


Signboard di pintu masuk

Kedudukan Lokasi
Pantai Sri Tujuh berada berhampiran sempadan Thailand dan Kelantan di Kampung Tujuh yang terletak di daerah Tumpat, iaitu 7 km dari Kota Bharu. Ia merupakan kawasan rekreasi yang menarik kepada pengunjung terutama pengunjung dari Kelantan. 

Perkhidmatan Awam
Untuk ke sana, pengunjung boleh menaiki bas yang bernombor 43 dari terminal bas utama. Pantai Sri Tujuh berhampiran dengan Pengkalan Kubur dan Stesen kereta api Tumpat. Pengunjung dari Kuala Lumpur boleh ke sini dengan menaiki kereta api dengan bayaran RM32 seorang. Banyak teksi dan kereta sewa yang terdapat di stesen kereta api yang boleh membawa pelancong untuk pergi ke pantai ini.




Keistimewaan Pantai Sri Tujuh
Keindahan pantai sudah lama dikenali pelancong asing menerusi penganjuran pertandingan wau peringkat antarabangsa tidak lama dulu. Walaubagaimanapun, tarikan utamanya terletak pada fenomena tujuh teluk yang tidak boleh didapati di tempat lain. Daripada sebuah pantai yang sebelum ini pernah diancam hakisan teruk, pemandangan semulajadinya berubah menjadi tarikan pengunjung dari luar. Kedudukan pantai di kawasan teluk turut menjadikan perairannya begitu tenang dan sesuai untuk pelbagai aktiviti termasuk bermain bola tampar, berenang atau berkhemah. Lebih menarik apabila melihat kesibukan bot nelayan yang berlepas ke laut dalam untuk mencari rezeki. Waktu malam di sini bagaikan bermandi cahaya dengan deruan bot nelayan yang berlabuh selepas beberapa hari di laut. 


Bot-bot nelayan yang berlabuh di pangkalan

Pemandangan sewaktu matahari terbenam

Kemudahan Yang Disediakan
Sebuah resort terapung telah dibina di Pantai Sri Tujuh yang dikenali sebagai Resort Sri Tujuh  yang lengkap dengan kolam mandi, gelanggang futsal dan padang latihan bermain golf. Pengunjung akan makan di gerai-gerai yang disediakan sambil menikmati panorama laut dan mereka yang menaiki bot ski.  Selain itu, terdapat masjid dua tingkat iaitu Masjid Az-Zakirin yang agak besar di sini. Pada hujung minggu, ada di antara pengunjung mendirikan khemah sambil memancing ikan.      

Masjid Az-Zakirin

No comments:

Post a Comment